TERKINI

Hukuman Najib dikurangkan 50 peratus – Lembaga Pengampunan

Kenyataan media Lembaga Pengampunan

KUALA LUMPUR, 2 Feb 2023 – Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Ybhg. Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Dalam satu kenyataan media hari ini, denda yang dikenakan ke atas Najib sebanyak RM 210 juta, dikurangkan kepada RM 50 juta.

Menerusi kenyataan tersebut, sekiranya denda tersebut tidak dibayar, tempoh penjara beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp