TERKINI

Bunyinya “Chung Kwok! Chung Kwok! Chung Kwok!”

Azman Mohd Hashim, penulis – malayadaily.com

Memetik sebuah tulisan biadap yang di siarkan di didalam ruang “Letter to editor” oleh FMT pada Tarikh 10 Februari 2024, dari Clement Stanley.

Penulis ini memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan Tun sebagai seorang tidak berhati perut yang menyebarkan kebencian “he’s a heartless person who is spewing hate” dan seterusnya beliau menyatakan apa sahaja yang Tun cakap hanyalah ekspresi seorang yang marah dan tidak perlu di endahkan “what ever story he comes up with, is nothing more than an expression of an angry man who should be ignored”

Dari namanya, tidak pasti penulis adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya. Kepada penulis ini, jika beliau bukan rakyat Malaysia, maka “it is non of your business”.

Sekiranya beliau adalah rakyat Malaysia, anda adalah seorang yang “ill-mannered and ungrateful” kepada seorang negarawan yang telah membina Malaysia dan membuka peluang yang membolehkan anda berada di mana anda berada sekarang.

Apa yang Tun nyatakan mengenai kaum Cina dan India yang tidak setia sepenuhya adalah benar. Kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang memahami bagaimana setia kepada negara. Lihat Prof. Dr Ridhuan Tee, mendiang Prof Tan Sri Dr khoo, Prof. Dr. Teo dan ramai lagi.

Tetapi masih ada golongan yang masih tidak sepenuhnya berjiwa Malaysia, kerana ikatan mereka kepada negara asal usul mereka terutamanya India dan negara China.

Jika kita bertanya sepuluh orang kawan Cina atau India tentang kehebatan dan kejayaan yang dicapai oleh negara China atau India, mungkin dua orang akan menjawab tidak ambil tahu sebab itu bukan negara saya. Lapan akan begitu bangganya menceritakan kepada kita kehebatan negara asal nenek moyang mereka itu, malah membandingkan juga kenapa Malaysia tidak mencapai kejayaan yang sama seperti keupayaan menghantar roket ke angkasa lepas.

Kerana ruangan yang tidak mencukupi, saya memberi satu contoh. Perlu di persoalkan apakah agenda kaum Cina yang menekankan anak bangsa mereka supaya sentiasa ingat dari mana asal mereka.

Anak-anak ini di doktrinkan secara separa sedar bahawa diri mereka adalah dari negara China, semuda umur tujuh tahun mereka di ingatkan bahawa mereka adalah dari negara China.

Penuntut-penuntut sekolah SJK(C) disematkan di dada mereka sepanjang tahun persekolahan mereka setiap hari lencana sekolah yang bertulis negara China, dimanakah kesetiaan sepenuhnya kanak-kanak ini? Dan berapa lama sudah sekolah-sekolah ini wujud dan berapa ratus ribu sudah pelajar-pelajar yang telah dihasilkan oleh sekolah-sekolah seperti ini?

Apakah agenda sebenar golongan ini? Sekolah SJK(C) yang menggunakan nama Chung kwok atau pun Chung Hwa atau yang berbunyi sedemikian kenapa tidak dialih-bahasakan kepada Bahasa Kebangsaan?

SJK(C) Chung Kwok jika digunakan bahasa kebangsaan sepenunya akan berbunyi SJK(C) negara China atau penuhnya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) negara China, begitu juga Chung Hwa atau Chong Hwa.

Bagaimana pula orang Melayu tidak berhak untuk mempertikaikan kesetiaan bangsa bukan Melayu?

Kerana jika ditanya seorang penuntut SJK(C) Chung Kwok dalam bahasa Mandarin, kamu sekolah di mana? Jawapan dari penuntut itu ialah ‘Saya sekolah di sekolah rendah “negara China”.

Ini adalah jawapan penuntut itu sepanjang kehidupannya sebagai penuntut sekolah, bayangkan sekiranya mereka bersorak menyokong pasukan sekolah didalam sesuatu Pertandingan.

Bunyinya sudah pasti “Chung Kwok! Chung Kwok! Chung Kwok!” dengan penuh semangat, dalam bahasa melayu bunyinya “Negara China! Negara China! Negara China!”.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp