TERKINI

Idris Ahmad Jawab Kritikan “PAS Tunggang Agama”

Idris Ahmad – foto facebook Idris Ahmad

SHAH ALAM, 7 Jun 2023 – Naib Presiden Pas yang juga ahli parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad tampil memberi mengemukakan beberapa pandangan menjawab kritikan dan dakwaan bahawa parti PAS menunggang agama.

Menerusi hantaran video di facebook miliknya, beliau memberikan contoh pihak atau individu yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.

“Kedua, tunggang agama ini ialah dalam satu masa kamu boleh bercakap tentang Islam dan dalam masa yang lain pula berfoya-foya, bersalam dan menari dengan wanita. Itu dikatakan peralatkan agama.

“Atau kamu bersama ulama dan masa lain tidak di mana menyokong perjuangan lain, maka itu dikatakan peralatkan agama atau tunggang agama,” katanya, semalam.

Idris juga berkata, dasar Pas sejak 1951 ialah berasaskan Islam dan ia jelas tertera dalam Perlembagaan parti.

“Itu dasar yang ada kepada kita walaupun kepimpinan bertukar, ada yang cabut lari dan sebagainya, dasar tidak pernah berubah.

“Soal pendekatan politik ini ialah strategi dan boleh berubah tetapi prinsip tidak pernah berubah. Jika strategi bertengangan dengan agama, maka kita perlu korbankannya tetapi tetap berpegang kepada prinsip agama,” katanya.

“Jika perkara itu dilihat untung daripada politik tetapi tidak daripada sudut agama, kita tinggalkan.

“Maka, sebab itulah kalau ada yang kata Pas tunggang agama alhamdulillah, majoriti orang yang ada latar belakang agama walaupun bukan berpendidikan agama tetapi faham, mereka akan sokong perjuangan kita,” ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa sekiranya PAS menunggang agama, agak mustahil mereka menerima penyertaan hampir 3,000 orang setiap bulan.- malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp