TERKINI

Ini Zaman Gelap Media, Kata Zaini Hassan

Zaini Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 9 Okt 2023 – Bekas Pengarang Kanan akhbar Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan melihat era pentadbiran kerajaan hari ini meruoakan zaman gelap yang teroka dihadapi petugas dan penerbitan akhbar.

Beliau yang berpengalaman selama lebih 30 tahun berkata, pengurusan kementerian khususnya membabitkan penerangan kerajaan seperti menekan petugas dan pekerja media.

“Sepanjang tempoh itu saya melihat perkembangan media pada masa ini sesuatu yang amat bagi saya istilahnya amat gelap sekali.

“Saya tak tahu kenapa jadi macam ini. Teguran dilakukan secara terbuka disiarkan berleluasa sehingga menjadi satu perbincangan dikalangan rakyat di media sosial terutama di kalangan pengamal media, itu sendiri hingga mereka rasakan ini merupakan satu intimidasi terhadap kewartawanan dan orang media itu sendiri. Itu amat menyedihkan,” katanya, kepada Malayadaily.

Zaini berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kepimpinan kerajaan khususnya mereka yang terlibat dalam kementerian komunikasi dan multimedia serta agensi di bawahnya tidak mempunyai pengalaman berurusan dengan orang media.

“Sekarang mungkin, saya tak salahkan menteri, MCMC tetapi arahan tidak begitu tepat, tidak ada pengalaman jadi menteri penerangan.

“Akhirnya tanggungjawab itu harus dilakukan secara berhemah. Kita ada tatasusila sendiri macam mana nak hadapi orang media,” katanya.

Tindakan kerajaan hari ini katanya jauh berbeza dengan pendekatan kerajaan – kerajaan sebelum ini yang mempunyai sikap dan amalan yang lebih baik.

“Memang setiap kerajaan ada cara pendekatan mereka, dulu cukup berhemah kalau nak tegur sesebuah organisasi media, mereka akan tegur secara bersemuka dengan editor sendiri.

“Bukan mewar-warkan, bukan menteri berkenaan buat kenyataan yang bukan-bukan seolah-olah menteri tiada pengetahuan langsung tentang dunia media.

“Rasa hormat terhadap orang media selama ini hilang. Dulu teguran bukan datang daripada menteri, MCMC, tetapi lebih daripada orang, dan rakan pejabat perdana menteri, pegawai media selalu berhubung dengan kita, kalau ada teguran dan cadangan dibincangkan secara bersama,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak berwajib, petugas media kebiasaannya mempunyai tahap pemikiran yang berbeza daripada rakyat kebanyakan.

“Orang media pemikiran berlainan daripada orang lain. Kritis, mereka lihat sesuatu bukan secara nyata, mereka lihat daripada pelbagai sudut supaya boleh dianalisa secara berkesan bukan satu sudut semata-mata,” tegasnya lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp