13 Nov 2023 – Ketua parti Sinn Fein Ireland, Mary Lou McDonald, menggesa negara itu perlu menghantar pulang duta Israel dan merujuk negara tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Mary berkata, kekejaman Israel di Palestin tidak seharusnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
“Israel tidak boleh dibenarkan melakukan kekejaman tanpa sebarang hukuman. Kerajaan memutuskan sebarang tindakan Israel tidak boleh dibiarkan.
“Saya setuju. Itulah sebabnya kerajaan Ireland mesti perlu mendahului dengan merujuk Israel kepada ICC dan menghantar pulang duta Israel,” katanya
Ucapan Mary Lou, yang memberi tumpuan kepada undang-undang Antarabangsa, dan bertegas dengan Israel telah mendapat perhatian umum. – malayadaily.com–middleeastmonitor