TERKINI

Israel pengganas, AS terang-terang sokong pengganas – Tun M

Mahathir Mohamad – youtube TDM

Kekejaman Israel di Palestin akan berhenti sekiranya Amerika Syarikat menghentikan semua sokongannya kepada rejim Zionis itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, ini kerana Israel tidak akan melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dan bebas tanpa sebarang hukuman.

“Intipatinya ialah semua kekejaman yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin ini berpunca daripada sokongan Amerika kepada Tel Aviv,” kata Mahathir, di laman media sosial X miliknya, hari ini.

Kerajaan Amerika Syarikat katanya perlu bercakap benar tanpa berselindung.

“Israel dan IDF (tenteranya) adalah pengganas. Amerika Syarikat secara terang-terangan menyokong pengganas.

“Jadi apa itu Amerika Syarikat?,” kata Mahathir.

Mahathir merujuk kepada kenyataan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang mendakwa pengeboman hospital di Gaza adalah dari roket Palestin yang tersalah tembak.

“Itu adalah sama sekali tidak munasabah dan tidak masuk akal, kenapa mesti ada keraguan bahawa letupan hospital Al Ahli Arab adalah daripada serangan udara Israel.

“Rejim pembunuh itu telah cuba menghapuskan penduduk Palestin dan Gaza sejak minggu lalu,” katanya.

Biden juga katanya memperolehi naratif tersebut adalah berdasarkan maklum balas daripada Nethanyahu dan Pentagon.

“Jelas sekali Nethanyahu berbohong tentang segala-galanya,” kata Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp