TERKINI

Stoking kalimah Allah: KK Mart dicadang tutup sementara kedai di seluruh Malaysia – Putra

Ibrahim Ali – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 20 Mac 2024 – Parti Putra mencadangkan agar KK Mart menutup sementara semua cawangannya di seluruh negara sehingga siasatan pihak polis selesai dijalan.

Presidennya, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali berkata dalam satu kenyataan, semalam, jika KK Mart benar-benar mahu mengambil tanggungjawab tanda kekesalan atas apa yang berlaku, maka tutup dulu semua kedainya.

“Putra mencadang dan mengesa KK Mart menutup dulu kedainya di seluruh negara sehingga selesai polis membuat siasatan dan menungu hasil siasatan.

“Di fahamkan ada 42 lapuran polis telah di buat setakat ini. Katanya.

Tambah beliau umat Islam diajar supaya bersabar, namun jika sudah hilang kesabaran, tidak pasti apa yang berlaku.

“Umat Islam adalah umat yang baik dan diajar supaya bersabar dan menerima apa jua takdir dari Allah.

“Maka mencegah lebih baik sebelum menjadi lebih buruk.

“Sudah banyak peristiwa menghina Islam dan orang Melayu, malah Raja-Raja Melayu turut di hina, akhirnya selesai dengan permohonan maaf. Ujarnya.

Ibrahim juga menegaskan bahawa umat Islam mahu menoktahkan budaya berbuat salah kemudian meminta maaf dan selesai.

“Umat Islam ingin noktahkan budaya buat celaka kemudian minta maaf…cukup adalah cukup.., tegasnya.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Dalam masa yang sama, syarikat itu juga akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp