TERKINI

Proklamasi Orang Melayu : Orang Melayu Keliru, Mahu Kesepakatan Yang Jelas Dan Solusi Terbaik – Dr Danial

Foto Global Scholars Initiative

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2023 – Proklamasi Orang Melayu muncul ditengah-tengah kekeliruan orang Melayu kesepakatan politik yang berlaku khususnya selepas Pilihanraya Umum ke 15. Padangan ini disuarakan oleh Dr. Muhammad Danial Bin Azman, Penganalisis Politik dan Keselamatan.

Dalam satu temubual, Dr Danial berpendapat orang Melayu masih mencari solusi terbaik ketika berhadapan dengan kelesuan politik pasca PRU15.

“Rata-rata orang Melayu masih keliru walaupun mereka mahukan suatu kesepakatan yang jelas dan boleh dilaksanakan.

“Pelbagai kumpulan demografi Melayu masih tercari solusi terbaik dan berhadapan dengan kelesuan politik pasca PRU-15. Katanya.

Beliau juga berpandangan bahawa orang Melayu masih cakna dengan isu berkaitan agama dan masa depan bangsa.

“Orang Melayu masih cakna dengan Isu berkaitan agama dan masa depan bangsa. Penerimaan berbeza bergantung kepada soal kebajikan, kemiskinan, peluang memajukan diri, pemimpin amanah dan perlaksanaan dasar semasa.

Ketika menjawab persoalan adakah proklamasi ini muncul sesuai pada masanya, beliau berkata bahawa proklamasi ini muncul kena pada masa terutamanya Pilihanraya Negeri tidak lama lagi akan melibatkan negeri yang majoriti pengundi Melayu yang besar.

“Mereka mahukan agenda Melayu yang pragmatik dan mengambil kira perkembangan semasa seperti tangga gaji, peluang perubahan ekonomi dan kepimpinan yang menjaga kepentingan seimbang.

Menurut Dr Danial, sarjana yang berkelulusan dalam Bidang Perhubungan Antarabangsa, cabaran utama Proklamasi Orang Melayu adalah untuk mencapai sentimen pengundi Melayu yang berbeza saluran dan demografi.

“Untuk sesuatu agenda bangsa (yang) ‘sustain’, harus memahami pola gelagat Melayu yang berbeza di setiap kawasan dengan andaian pengundi luar mungkin kurang berminat untuk pulang mengundi kerana tidak mengubah status quo di peringkat persekutuan.

Bagi mereka yang menganggap Proklamasi ini bersifat perkauman, Dr Danial berkata pandangan tersebut tidak semestinya terbeli dengan label ini adalah agenda perkauman tersebut.

“Tidak juga berjaya di stigmakan oleh PH. Bagi demografi Melayu yang kompleks di 6 negeri ini mereka tidak semestinya terbeli dengan label ini adalah agenda perkauman.

Tambah Dr Danial lagi, kebanyakkan orang Melayu masih bimbang dengan masa depan bangsa dan pada masa yang sama mereka mahukan platform yang stabil dan kepimpinan yang konsisten serta boleh disandarkan untuk jangka panjang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp