TERKINI

Israel Pengganas, Berdekad Lakukan Keganasan – Tun M

Mahathir Mohamad – foto Facebook TDM

KUALA LUMPUR, 2023 – Israel melabel Hamas sebagai pengganas bagi mewajarkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestin tanpa sebarang rasa serba salah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, rejim Zionis membunuh kanak-kanak tidak berdosa dengan tuduhan mereka akan membesar sebagai pengganas.

“Dengan alasan tersebut mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin,” katanya.

Mahathir berkata, disebabkan itu, tindakan daripada Hamas terhadap negara haram Israel itu sudah seharusnya dijangkakan selepas mereka ditekan dan dilayan seperti binatang sejak lebih 70 tahun lalu.

“Israel juga melabel Hamas sebagai pengganas tetapi bukankah tindakan Hamas adalah tindakan orang yang sudah tenggelam punca, hilang harapan untuk mendapatkan keadilan dari negara-negara besar yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan.

“Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang telah berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan.

“Tidakkah sesuatu yang dijangka bahawa Hamas dan juga mana-mana orang Palestin yang telah dijajah oleh Israel, didera, dibunuh and dihina seperti binatang, bertindak sebagaimana yang kita saksikan hari ini?”,katanya, dalam satu kenyataan.

Memburukkan keadaan katanya Israel mendapat sokongan dari negara barat dan Amerika Syarikat yang bukan sahaja membisu apabila Israel melakukan jenayah perang, mereka malah membekalkan senjata kepada regim kejam tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp