TERKINI

Istillah Berbilang Kaum Buat Melayu Lupa Negara Ini Tanah Melayu – Marzuki Yahya

Marzuki Yahya – Foto sekretariat proklamasi orang melayu

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2023 – Ketua Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya mengingatkan bahawa sikap hormat dan toleransi orang Melayu kepada bangsa lain membuatkan mereka lupa bahawa negara ini adalah Tanah Melayu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di program ‘Bicara Bangsa’ di Shah Alam, semalam.

“Orang menghormati negara kerana negara kita ini hidup berbilang kaum, kerana orang Melayu menghormati rakan taulan yang lain sehinggakan dengan istillah berbilang kaum ini telah membuatkan orang Melayu lupa bahawa ini ada Tanah Melayu.

Beliau juga berkata toleransi yang diberi oleh orang Melayu kepada bangsa-bangsa lain telah menidakkan hak orang Melayu.

“Kerana istillah berbilang kaum inilah yang mana toleransinya diberi oleh orang Melayu kepada bangsa-bangsa lain telah menidakkan hak orang Melayu di bumi Melayu ini.

“Yang pada akhirnya hari ini kuasa Melayu sudah tidak ada lagi. Katanya.

Marzuki turut berkata kerana sebab itulah 12 perkara yang digariskan ini (Proklamasi Orang Melayu), untuk mengajak orang Melayu sedar akan apa yang mereka hadapi.

“Dan 12 perka ini juga termaktub antara satu, lain tidak lain mengajak orang Melayu kembali bertaut di bawah satu perjuangan tanpa mengira parti politik iaitu di bawah perjuangan orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp