TERKINI

Orang Politik Mahu Legasi Masing-masing, Punca Banyak Projek Terbengkalai – MB Terengganu

Ahmad Samsuri bin Mokhtar – Foto Twitter Pas Pusat

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2023 – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar mendakwa masalah projek-projek terbengkalai di Terengganu ada kaitan dengan masalah politik kerana orang politik menganggap membina sesuatu atau mengadakan sesuatu projek itu adalah sebagai legasi masing-masing.

Beliau berkata, oleh kerana projek ini telah dilaksanakan oleh pentadbiran yang lalu dan berdepan dengan pelbagai masalah dan kepimpinan negeri tidak menghirau pada projek tersebut kerana mahu membentuk legasi tersendiri.

“Oleh kerana projek ini telah dilaksanakan diwaktu yang lalu oleh pentadbiran yang lalu dan berdepan dengan pelbagai masalah, tak siap, kontraktor lari lepas tu naik pengganti kepada kepimpinan kerajaan negeri yang tak hirau pada projek tu sebab dia nak membentuk legasi tersendiri.

“Pada saya inilah perkara yang masalah dengan politik. Katanya dalam satu rakaman temubual yang dimuat naik oleh Pas Pusat di twitter, hari ini.

Samsuri menegaskan apa yang penting ialah perlu ada penerusan kepada segala projek-projek yang telah dilancarkan.

“Ini punca kepada masalah sebab yang paling penting ialah kita kena ada penerusan kepada segala projek-projek yang telah dilancarkan (dimasa) lampau.

“Contohnya macam Strawberry Park, kerajaan negeri membuat keputusan pada 2010 oleh kepimpinan yang lalu untuk membeli strawbery park ini dengan harga RM 27 juta untuk dibaik pulih dan dibuat satu pusat resort kesihatan, ada Wellness Center di situ sebabnya cantik ada lagoon, tepi pantai, batu-batu ada bukit sangat cantik. Ujarnya.

Beliau menjelaskan selepas setahun pelancaran projek tersebut, pada 2011 ianya gagal digunakan dan ditinggalkan begitu sahaja.

“Jadi bila selepas setahun daripada itu 2011, ianya tak berjaya digunakan sebagai Wellness Center dan resort, jadi ia ditinggalkan begitu saja oleh pengusaha yang mengusahakan bersama kerajaan negeri ni tinggalkan

“Tidak dapat pelabur-pelabur baru yang masuk untuk nak menguruskan perkara itu sehinggalah bertukar kepimpinan kerajaan negeri dan kepimpinan baru, tak juga berjaya untuk menyelesaikan perkara itu dan bangunan yang awalnya cantik itu makin lama makin rosak.

Samsuri juga berkata bermula 2018, kerajaan negeri mengusahakan dengan pelabur-pelabur untuk membangunkan kembali pusat tersebut hingga berjaya

“Jadi oleh kerana itu, kita mengusahakan dengan pelabur-pelabur untuk melihat nilai dan mencadangkan dibuat resort dan sebagainya dan alhamdulillah kita berjaya memperolehi pelabur yang besar yang ingin mengoperasikan hotel dan akan diuruskan oleh Courtyard of Marriot, salah satu konglomerat yang besar dalam menguruskan hotel diperingkat antarabangsa.

“Jadi dengan pelaburan RM 150 juta, saya rasa ini satu pencapaian. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp