TERKINI

Isu 3R : Anwar rasa dia berada di atas undang-undang, kata Tun M

Mahathir Mohamad (kanan), Anwar Ibrahim (kiri) – fot Awani

PUTRAJAYA, 15 Dis 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan PM merasakan dirinya berada di atas undang-undang berhubung larangan bercakap 3R (Raja-raja, Agama dan Bangsa).

Sindiran tersebut berkaitan hal yang pernah dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim mengenai pandangan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kerajaan beliau ‘kurang Melayu, kerajaan Islam’.

“Anwar bertanya, “Bagaimanakah kita kurang Melayu, Kerajaan Islam”.

“Saya kira sebagai PM Anwar beranggapan bahawa beliau berada di atas undang-undang berhubung larangan bercakap mengenai 3R.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, beliau tidak boleh menjawab sebarang persoalan mengenai Melayu kerana akan dianggap menyentuh isu 3R dan melanggar undang-undang.

“Tetapi jika saya menjawab saya akan melanggar undang-undang. Polis akan menyoal saya. Ujar Mahathir.

Menurut Mahathir lagi, sungguhpun beliau boleh menjawab persoalan tersebut, namun dalam demokrasi Malaysia hari ini, banyak perkara tidak boleh diperkatakan.

“Saya boleh menjawab “bagaimana”, saya tahu banyak.

“Tetapi dalam demokrasi Malaysia hari ini, banyak perkara yang tidak boleh diperkatakan.

“Jadi saya tidak akan menjawab soalan Anwar. Ujarnya.

Perdana Menteri sebelum ini, menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu. Baca laporan di sini.

Pada April 2023, Anwar berkata bahawa Melayu Islam diingatkan tidak terlalu selesa, angkuh hingga pinggirkan minoriti. Laporan di sini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp