TERKINI

Keputusan SPRM berkait SD Datuk Murad timbulkan persoalan

Khairuddin Abu Hassan (kiri), Datuk Abdul Murad Khalid (kanan) – malayadailyc.om

KUALA LUMPUR, 26 Jan 2024 – Pemimpin Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan alasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas kenyataan sumpah berkanun (SD) oleh Datuk Abdul Murad Khalid, Mantan Penolong Gabenor Bank Negara jika didapati tiada asas kebenarannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairuddin berkata sekiranya tiada asas kebenaran SD Datuk Murad itu, maka mengapa tindakan undang-undang tidak diambil terhadap kenyataan sumpah berkanun tersebut.

“Mengapa Anwar Ibrahim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Abdul Murad Khalid yang telah memfitnah beliau?

Menurut Khairuddin, Anwar Ibrahim sepatutnya mengambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Abdul Murad Khalid mantan Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Khairuddin dalam kenyataan yang sama menegaskan bahawa pada 2 Ogos 2023 beliau sudah buat laporan SPRM dan menerima makluman melalui SMS dari SPRM pada 3 Ogos 2023 mengatakan bahawa status SPRM/INFO/2023/272884 diputuskan Dalam Tindakan SPRM.

“Namun, pada 16 Ogos 2023 sekali lagi saya mendapat makluman dari SPRM yang menyatakan Status SPRM/INFO/2023/272884 diputuskan difailkan (NFA) kerana matlumat sama.

“Apakah dalam siasatan SPRM terhadap laporan saya; Datuk Abdul Murad Khalid dipanggil untuk soal siasat seperti yang dibuat pada musuh-musuh politik PMX? Soal beliau.

Khairuddin berpendapat bahawa pada hari ini rakyat sukar untuk bergantung harapan pada badan-badan penguatkuasaan undang-undang bagi mendapat hak-hak secara adil serta saksama kerana badan-badan ini telah diizinkan untuk dijadikan sebagai ‘medium’ tunggangan orang-orang politik.

“Dalam ertikata lain, badan-badan penguatkuasaan undang-undang di negara kita sudah tidak berfungsi secara profesional, telus dan bersikap adil lagi.

“Inilah kredibiliti SPRM dan Azam Baki pada hari ini yang tidak amanah dalam memikul tanggungjawab secara professional serta bebas bagi meyakinkan keseluruhan rakyat Malaysia terhadap kredibiliti SPRM.

Baru-baru ini SPRM menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPRM berkata pihaknya yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar susulan akuan bersumpah Abdul Murad pada 26 Okt 1999. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp