TERKINI

Isu DRT: Tindakan bermaruah, Menteri patut letak jawatan – Putra

Shahrulufti Sharif (kiri) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 29 Mei 24 – Parti Putra menggesa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk melepaskan jawatan sebagai tindakan bermaruah berhubung pelantikan syarikat oleh kerajaan negeri secara runidngan terus, yang diterajui oleh suaminya.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Penerangan Putra Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata Hannah yang sebelum ini lantang bercakap soal salah guna kuasa dan rasuah, perlu meletak jawatan demi maruah dan prinsipnya.

“PUTRA menyeru Hannah Yeoh untuk meletak jawatan kalau ada maruah. Sebelum ini, beliau lantang bercakap salah guna kuasa, rasuah dan prinsip integriti.

“Jika ada maruah,segera letak jawatan dan boleh menjalankan perniagaan bersama suaminya. tegas Shahrulutfi.

Shahrulutfi juga menegaskan agar siasatan perlu dilakukan sesuai dengan prinsip tatakelola seperti yang dilaungkan oleh kerajaan.

“Siasatan perlu dilakukan untuk memahami bagaimana kontrak ini diberikan secara runding terus dan siapa yang memberikan arahan.

“Jika MB Selangor yang mengarahkan, MB juga perlu mempertimbangkan meletak jawatan kerana melanggar tatakelola PMX. Katanya.

Penganugerahan kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) yang dianggarkan bernialai RM 25 juta, oleh kerajaan negeri Selangor secara rundingan terus kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility), syarikat milik suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terus mencetuskan kontroversi.

Ia menjadi lebih panas apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang susulan pemberian kontrak terbabit kepada suami Hannah kerana projek DRT tersebut tiada kaitan dengan Hannah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp