TERKINI

Genosid Palestin: Mahathir kritik AS

Mahathir Mohamad – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 14 Mei 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan gesaan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia agar semua bantuan kemanusiaan di Gaza sepatutnya disalurkan menerusi pertubuhan sah dan mempunyai reputasi.

Dalam satu entri di laman sosial X, Mahathir berkata menghentikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza akan menjadikan mereka yang terselamat dari serangan Israel itu mati.

“Untuk menghentikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung adalah untuk memastikan mereka yang terselamat daripada serangan bom dan roket juga akan mati. Katanya.

Menurut Mahathir, Amerika berpendapat bahawa bantuan kemanusiaan tersebut mungkin akan membantu Hamas, namun pada masa yang sama Israel terus dibekalkan dengan bom dan roket.

“Amerika berpendapat bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya diberikan kepada Gaza. Ini kerana ia mungkin membantu Hamas untuk terus hidup.

“Perkara yang patut dilakukan menurut Amerika ialah bom dan roket dibekalkan kepada Israel. Ini boleh membunuh rakyat Palestin Gaza yang dikatakan melindungi Hamas. Ujarnya.

Baru-baru ini, pegawai kanan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan Malaysia agar semua bantuan kemanusiaan di Gaza sepatutnya disalurkan menerusi pertubuhan sah dan mempunyai reputasi.

Sebelum itu, memetik laporan media Singapura, Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat di mana Hamas boleh mengumpul dana dan memindahkan wang, kata seorang pegawai kanan Perbendaharaan Amerika Syarikat. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp