TERKINI

Sekolah Persendirian Cina Menentang Perpaduan Negara Secara Sistematik – Prof Ahmad Murad Merican

Ahmad Murad Merican – Foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – Sarjana Media dan Sejarah, Profesor Ahmad Murad Merican menyifatkan bahawa sistem sekolah swasta, dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematis amalan perpaduan negara.

“Ini adalah sistem sekolah swasta berkenaan secara sistematis dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematis amalan perpaduan negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas bantuan kerajaan kepada sekolah persendirian Cina yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Ini (pemberian peruntukan) sebagai bukti Melayu tidak angkuh dalam membantu sekolah persendirian Cina sebaliknya ia membuktikan bahawa Melayu menerima ‘keangkuhan’ bangsa lain dalam membina negara bangsa.

Menurut Ahmad Murad lagi, kewujudannya (sekolah persendirian Cina) bermaksud kerajaan sendiri menggalakan perpecahan negara bangsa Melayu satu negara Dua Bangsa.

“Dalam hal ini pun Melayu protes Melayu tidak menyerlah. Tidak angkuh. Melayu rela melihat tindakan kerajaan yang dengan sendirinya menentang konsep perpaduan. Ujarnya

“Jika Ini bertujuan menampilkan doktrin multiculturalisme (kepelbagaian kaum), Ia telah wujud dalam sistem sekolah Kebangsaan. Gunakan sumber itu untuk memperbaiki sistem kebangsaan. Bukan sistem sekolah swasta, tegasnya.

“Golongan tersebut anti perpaduan, rasis dan ekstremis. Ujarnya.

Terdahulu, pada 21 April, kerajaan telah meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara. ia telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebanyak RM 15.75. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp