TERKINI

Video mirip Pengarah jabatan kerajaan berbual lucah timbul tanda tanya

Tangkap layar video mirip Pengarah Jabatan kerajaan – foto Utusan Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Nov 2023 – Satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah jabatan kerajaan tersebar di media sosial.

Video berdurasi 3 minit 3 saat itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Dalam ruangan caption pada video berkenaan, Che’gu Bard mempersoalkan lelaki dalam video itu.

“Video ini betul atau tidak? Adakah ini Agus, Pengarah Jkom lantikan Anwar Ibrahim yang telah meletakkan jawatan hari ini?

“Memang bukan rahsia pertembungan Agus dan beberapa watak dalam Pejabat PM…Adakah perkara ini viral kerana pertembungan JKOM dan PMO?

Berapa ramai lagi yang mengalami kecelaruan identiti seks yang dalam lantikan politik Anwar?” tulisnya.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Mohammad Agus yang juga Pengarah J-KOM mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri semalam. – Utusan

Facebook
Twitter
WhatsApp