KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berpandangan bahawa sejarah kita perlu ditulis kembali kerana ia kebanyakkan masih lagi dari perspektif (kolonial).
Pandangan tersebut diulas dalam program Keluar Sekejap minggu lepas di Universiti Islam Antarabangsa, berkaitan isu sejarah Pulau Pinang yang sedang hangat diperbincangkan ketika ini.
“..Saya rasa soal sejarah ni menarik dan saya harap pelajar-pelajar dan akademik di UIA yang ada pada hari ini boleh setuju bahawa some of our history need to be written, sebab banyak daripada sejarah kita adalah sejarah yang ditulis oleh penjajah yang masih lagi dari perspektif (kolonial).
“Penang is clear case in point, seolah-oleh Penang mula dengan Francis Light, macamlah tidak ada perkampungan di Pulau Pinang sebelum itu.
“I think kita kena tengok baliklah isu ni dan buku-buku sejarah kita yang mungkin memberi gambaran yang sedikit tidak tepat, tak menyeluruh.
Dalam program podcast popular tersebut, Shahril Hamdan juga bersetuju bahawa selain mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang dalam konteks perlembagaan, namun sejarah Pulau Pinang juga perlu diiktiraf.
“Kita boleh buat kedua-duanya, maknanya kita boleh pertahankan kedaulatan Pulau Pinang dan kedaulatan perlembagaan dari segi asas penubuhan negeri-negeri, pada masa yang sama iktiraf sejarah yang mungkin belum diceritakan atau tidak dihebahkan dengan sepenuhnya, both can happen at the same time. Ujar Shahril.
Baru-baru Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Noor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah. Namun menurutnya, tiada tuntutan perlu dibuat ke atas Pulau Pinang kerana ia memang sejak azali kepunyaan Kedah.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah mengundang polemik mengenai sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang. Beberapa kecaman telah dilemparkan oleh pemimpin politik kerajaan campuran antaranya Zahid Hamidi, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – malayadaily.com