TERKINI

Jangan Polemikkan Siapa Calon, Undi PN – Datuk Dr. Ruhanie Ahmad

Ruhanie Ahmad – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2023 – Ahli Majlis Tertinggi, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Dr Ruhanie Ahmad mengingkatkan agar jangan mempolemikkan siapa jadi calon sebaliknya menumpukan usaha memenangkan calon Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu rakaman video yang dikirim, Ruhanie berkata kita jangan mempertikaikan siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti, yang penting adalah calon itu kita beri sokongan penuh.

“Kita jangan pilih calon, kita jangan polemikkan siapa jadi calon di kawasan kita, kita jangan pertikaikan siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk mewakili kita disesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Yang penting adalah calon itu kita beri sokongan yang penuh, kita beri dukungan yang penuh dan kita keluar mengundi seratus peratus pada 12 Ogos 2023 ini untuk memberi kemenangan kepada calon PN. Ujar beliau.

Beliau turut berkata bahawa dengan kemenangan PN dalam pilihanraya ini, ia akan merintis beberapa jalan koreksi politik di Malaysia dimasa akan datang.

“Ini adalah kerana, dengan kemenangan PN dalam pilihanraya ini akan merintis beberapa jalan koreksi politik atau pun pembetulan politik di Malaysia dimasa akan datang.

Ruhanie yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong juga berkata, pilihanraya negeri kali ini akan menguji penyatuan orang Melayu di bawah Proklamasi Orang Melayu (POM).

“Pilihanraya Negeri kali akan menguji penyatuan orang Melayu di bawah Proklamasi Orang Melayu (POM) akan berjaya atau sebaliknya. Oleh itu saya harap seluruh pendukung penyatuan Melayu yang berdiri diatas pelantar POM, yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, yang didukung oleh parti-parti kecil dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan seluruhnya akan membuktikan bahawa kita akan terus bekerja keras untuk menjamin kemenangan Perikatan Nasional (PN).

“Saya harap kita benar-benar jujur dan ikhlas di dalam melaksanakan tugasan penyatuan Melayu menerusi undi kita di dalam pilihanraya kali ini. Dan saya harap, perkara ini akan menjadi kenyataan, sama-samalah kita berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya kebenaran akan memihak kepada kita.

Baru-baru berlaku protes dikalangan ahli PAS berkaitan pencalunan Presiden Gerakan, Dominic Lau yang diletakkan di DUN Bayan Lepas, sebuah kawasan majoriti Melayu.

Bantahan tersebut telah mencetuskan insiden di mana Presiden Parti Gerakan itu dikatakan tidak dibenarkan menyertai ceramah hingga menimbulkan kekecohan.

Namun, pimpinan PAS telah memohon maaf atas insiden melibatkan Presiden Gerakan Dominic Lau yang diberi sambutan dingin pada majlis ceramah Perikatan Nasional (PN) di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang turut dihadiri ketuanya Abdul Hadi Awang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp