TERKINI

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 63orang

Lokasi Banjir Kedah – foto Info Bencana JKM

KUALA LUMPUR, 2 Okt 203 – Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 63 daripada 26 buah keluarga, berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi semalam.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya tinggal dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah masih dibuka, Sekolah Kebangsaan Taman Aman dan SK Sri Gunong, kedua-duanya di Kota Setar.

Sementara itu, laman rasmi ‘Public Info Banjir’ melaporkan Sg. Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar mencatatkan penurunan ke tahap waspada. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp