TERKINI

Barat cipta gambaran negatif, buatkan bangsa Melayu rasa kecil

Soleha Yaacob (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 16 Okt 2023 – Barat mencipta naratif yang membuatkan anak bangsa Melayu rasa kerdil sedangkan realitinya nenek moyang mereka adalah kumpulan yang hebat, kata Prof Dr Solehah Yaacob.

Pensyarah Falsafah Nahu Arab dan Pemikiran Bahasa dan Tamadun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, barat katanya berjaya membuatkan anak bangsa Melayu tidak berbangga dengan nenek moyang mereka

“Saya melihat ini gambaran negatif oleh barat supaya anak bangsa Melayu rasa kecil tak rasa besar dengan kehebatan yang ada pada atuk dan nenek mereka.

“Ini jadi masalah psikologi. Tidak ada satu sifat tunjuk perasaan, kerana kita takut. Kerana sudah selesa. Itu sifat kita. Sebab itu kita tak berani,” katanya, dalam program bicara negarawan, di Putrajaya, baru-baru ini.

Katanya, antara fakta sejarah menunjukkan Islam bermula sekitar 1,300 tahun sebelum Masehi di negara ini, sedangkan waktu itu katanya kemajuan ilmu sudah bertapak lama.

“Anak bangsa kita tak tahu bila Islam bermula, sedangkan pada 1,300 sebelum Masehi Ibnu Khaldun dah lama siap buku catatan dia.

“Masakan kita baru mengenali Islam, ini nak menunjukkan seolah-olah kita tidak bertamadun,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp