TERKINI

Kampung Baharu Cina : Pemuda DAP Perak pertahan cadangan menteri

Gambar hiasan – malayadaily.com

IPOH, 15 Feb 2024 – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak mempertahankan cadangan Menteri KPKT untuk mencalonkan kampung baharu Cina sebagai Tapak Warisan Unesco, beliau mendakwa Kampung Baru Cina mempunyai ciri-ciri yang bersejarah dalam negara.

Dalam satu kenyataan di laman sosial facebook, semalam, wakil pemuda sosialis DAP Perak, YB Steven Tiw berkata, dengan pengiktirafan tersebut lebih banyak dana daripada UNESCO untuk membangunkan tapak tersebut sebagai salah satu produk pelancongan.

“Sememangnya Kampung Baru Cina mempunyai ciri-ciri yang bersejarah dalam negara yang tercinta kita, Malaysia.

“Sekiranya sesebuah kampung baru cina mendapat pengiktirafan UNESCO, maka ia mempunyai lebih banyak dana daripada UNESCO untuk membangunkan tapak tersebut sebagai salah satu produk pelancongan. Ujarnya.

Beliau yang juga Adun Tronoh menegaskan bahawa pengiktirafan kampung baru Cina sebagai tapak UNESCO tidak akan menggadaikan apa-apa hak rakyat Malaysia.

Kor Ming sebelum ini mencadangkan untuk mencalonkan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

Cadangan dikemukakan Ahli Parlimen Teluk Intan itu bagaimanapun mengundang kritikan pelbagai pihak terutama UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Lanjutan dari bantahan tersebut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan memanjangkan isu cadangan itu lagi.

Justeru menurutnya, lebih baik isu berkenaan tidak terus dipanjangkan dan fokus kepada agenda lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp