TERKINI

Kedudukan Melayu Terhakis Kerana Ketidakjujuran Pemimpin Melayu – Abu Bakar Yahya

Abu Bakar Yahya – foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2023 – Hak dan kedudukan orang Melayu semakin terhakis adalah kerana kerakusan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.

Bekas setiausaha politik kepada bekas perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya mengkritik segolongan pemimpin Melayu yang tamak hingga menyebabkan hak dan kedudukan orang Melayu terhakis.

“Kerana pemimpin-pemimpin Melayu gila kuasa, gila nak jadi kaya, gila dengan kemewahan, akhirnya hak orang Melayu terhakis.

Dalam wawancara Bersama malayadaily, Abu Bakar berkata Mahathir telah memimpin negara dengan baik dan membawa kemajuan, namun selepas itu pemimpin yang diharapkan untuk meneruskan kemajuan tidak melakuka seperti apa yang beliau lakukan.

“Tetapi apa nak buat, bila masa dia jadi PM yang ke-4, 22 tahun, dia dah pimpin bagus dah negara dah maju ke hadapan tapi nak buat macam mana, menteri-menteri yang diharapkan, pemimpin-pemimpin yang diharapkan, tidak melakukan seperti apa yang dia lakukan.

Abu Bakar juga berkata masalah pengurusan diperingkat kementerian dan negeri perlu menjaga Amanah termasuk isu berkaitan tanah rizab Melayu.

“Dia sebagai PM masa tu, takkan dia nak tengok sampai ke bawah. Itu (kerja) dah dilepaskan tanggungjawab kepada menteri-menteri, pegawai-pegawai daerah, ini kalau kita bercakap soal kehilangan tanah rizab Melayu, apa peranan pegawai daerah?

“Pegawai daerah kebanyakkannya Melayu, boleh kata majoritnya Melayu. Wakil rakyat kawasan, banyak Melayu, Menteri Besar Melayu.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana berlakunya kehilangan tanah rizab Melayu kalua bukan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu.

“Maknanya, pengkhianatan berlaku daripada pemimpin Melayu.

Beliau menegaskan bahawa Proklamasi Orang Melayu ini juga untuk mengingatkan kepada para pemimpin Melayu atas ketidakjujuran mereka.

“Jadi kita kena sedarkan, kita gunakan gelombang Proklamasi Orang Melayu ini daripada peringkat bawah naik atas memperingatkan kepada pemimpin-pemimpin di atas khususnya orang Melayu, kerana tidak jujurnya kamu sebagai pemimpin akhirnya hak orang Melayu terhakis. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp