TERKINI

Ops Lalang Bukan Arahan Saya – Tun M

foto malaydaily.com

PUTRAJAYA, 22 Mac 2023 – Operasi Lalang yang berlaku pada 1987 bukan atas arahan Perdana Menteri ketika itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu hantaran di laman media sosialnya, twitter.

Menurut beliau lagi, Tun Hanif Omar telah menjelaskan dalam satu rakaman video sepanjang 12.29 minit di youtube.

“Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis. Mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara. Pandangan dan nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja,” ulas beliau dalam kenyataan tersebut.

Dr Mahatir turut berkata bahawa parti-parti dalam Pakatan Harapan selalu menyalahkan beliau disebabkan Ops Lalang, namun apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka merima beliau sebagai rakan dan memilihnya sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Dalam kenyataan yang sama, Mahathir turut berkata Perdana Menteri yang suatu ketika dulu mengadakan demonstrasi setiap minggu tetapi kini apabila sudah menjadi Perdana Menteri tidak membenarkan pertemuan orang Melayu untuk berbincang mengenai masalah mereka.

“Proklamasi yang ditulis tidak salahkan bangsa lain tentang nasib malang mereka. Ia menyalahkan pemimpin perasuah sahaja. Merekalah pemimpin yang salahguna kuasa, mencuri wang, tidak bantu Melayu selesaikan masalah kemiskinan.” Ujar Mahathir.

Beliau menyifatkan perbuatan berat sebelah terhadap Melayu adalah petunjuk sikap perkauman kerajaan. Ianya hasutan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara kita.

“Oleh itu pemimpin kerajaanlah yang perlu didakwa atas hasutan, katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp