TERKINI

Kedudukan Strategik, Perlis Punya Potensi Tinggi Untuk Maju, Kata Tun M

Lawatan kerja Tun Mahathir di Perlis – foto Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Okt 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar kerajaan negeri Perlis melaksanakan usahasama dengan pelabur swasta yang mana ia boleh berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negeri.

Menerusi Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Mahathir berkata walaupun Perlis sebuah negeri kecil namun dengan kedudukan di sebelah Langkawi serta bersempadan dengan Selatan Thailand mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan.

“Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi taklimat tertutup pada kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis mengenai perancangan pembangunan ekonomi di bawah gabungan ‘SG4’ serta menegaskan bahawa walaupun Perlis sebuah negeri kecil namun dengan kedudukan di sebelah Langkawi serta bersempadan dengan Selatan Thailand mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan.

“Konsep pentadbiran berteraskan ‘Malaysia Incorporation’ di antara kerajaan dengan pihak swasta harus dicontohi oleh semua negeri-negeri di bawah ‘SG4’ kerana peranan pihak swasta amat penting sebagai pemangkin pembangunan ekonomi, kata Khairuddin.

Mahathir yang juga penasihat gabungan SG4 berkata demikian dalam sesi pertemuan tersebut yang dihadiri YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis, pada petang tadi.

Menurut Khairuddin, Mahathir mengulangi nasihatnya agar kerajaan negeri tidak menjual tanah kepada pihak swasta untuk menjayakan usahasama itu supaya pulangan pendapatan akan dinikmati berpanjangan.

“Kerajaan Negeri Perlis harus melaksanakan konsep usahasama dengan pelabur swasta tanpa mengizinkan tanah-tanah di Perlis dari dijual demi menjaminkan pulangan pendapatan secara jangka panjang kepada Kerajaan Negeri.

“Dalam masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kepimpinan negeri Perlis dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ untuk terus bersikap kreatif, inovatif serta efektif dalam mentadbir negeri Perlis. Ujar Khairuddin.

Manurut Khairuddin lagi, pelbagai perancangan pelaburan turut dibincangkan bagi membangunkan ekonomi negeri Perlis merangkumi sektor pelancongan, perindustrian, pertanian, infra-struktur serta bidang-bidang lain, dalam sesi tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp