TERKINI

Kekal 6 Kerusi Parlimen: Ketua pembangkang ‘basuh’ Speaker

Hamzah Zainuddin (kanan), Johari bin Abdul (kiri) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 12 Julai 24 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam ucapan tegasnya di Dewan Rakyat, ‘membasuh’ Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul berhubung keputusan beliau yang menolak permohonan parti Bersatu supaya kerusi enam Ahli Parlimen yang menyokong Anwar, dikosongkan.

Dalam ucapannya, Hamzah menyelar tindakan Speaker dengan mendakwa bahawa di dalam memorandum persefahaman (MOU) oleh Pakatan Harapan (PH) sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa jika mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang tidak mematuhi keputusan parti, kerusi Ahli Parlimen tersebut perlu dikosongkan.

“Saya peringatkan dalam salah satu usul percaya dan rang undang undang perbekalan ada sebut, ini PH yang sebut, ini gabungan yang disebut, setiap parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap ahli parlimen mereka mengundi menurut klausa 4 A di atas , kegagalan keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab ahli parlimen secara individu kepada parti tersebut.

“Ini lepas pilihan raya Jelutong, apa cakap tak fikir, sebab itu saya nak ingatkan, kalau MOU pun dah bagi tahu hanya parti yang sepatutnya menentukan kerana parti dan pemberhentian daripada menjadi ahli parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud artikel 49 A 1. Jelas beliau.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mengingkatkan Speaker Dewan Rakyat jangan membuat sesuatu keputusan mengikut selera sendiri kerana tindakan tersebut akan merosakkan perlembagaan.

“Ini apa ni, perjanjian dah buat, perlembagaan dah ada, jangan ikut sedap, kalau kita ikut sedap bukan hanya apa yang dikatakan oleh Tan Sri tempoh hari, saya nak bagi tahu yang menjahanamkan adalah keputusan yang salah yang dibuatkan oleh Speaker sendiri.

“Ini yang akan menjahanamkan perlembagaan kita. Ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen tersebut untuk membuat tindakan undang-undang kepadanya selaku Setiausaha Agung parti, bukan oleh speaker.

“Mereka yang berubah tempat di sebelah sana mengaku masih lagi menjadi ahli Bersatu, maka bermakna apabila parti yang membuat keputusan, you are ceased to be a member, itu adalah keputusan parti, It is not your duty to say weither there are Ya or No, it is my duty sebagai Setiausaha Agung.

“If you want us to fight in the court, I would like to tell you this, sebenarnya biarkan mereka fight me in the court, sama ada mereka masih lagi member, ataupun tidak, it is not your duty to say, it’s my duty.

“Speaker Kelantan betul, dia memastikan ada kekosongan, kemudian ahli tu fight me in the court if you want to say I am not ceased to be a member.

Sebelum menghabiskan ucapan dan meninggalkan dewan, Hamzah menasihatkan Speaker bahawa keputusan beliau adalah salah.

“Itulah caranya speaker, itulah kepastian yang harus diikut dalam perlembagaan, Tan Sri, you want to be the best speaker, and you started by creathing this problem, saya minta supaya Tan Sri faham, keputusan Tan Sri adalah merupakan satu keputusan yang salah. Tegas Hamzah.

Baru-baru ini, Spekaer Dewan Rakyat telah menolak permohonan parti Bersatu supaya kerusi enam Ahli Parlimen yang menyokong Anwar, dikosongkan.

Antara alasan dikemukakan Johari untuk tidak menunaikan permintaan supaya kerusi terbabit dikosongkan kerana ingin mengekalkan kestabilan dalam Parlimen demi urusan rakyat dan negara.

Penyandang dan enam kerusi terbabit adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Namun, keputusan itu juga telah mendapat kecaman wakil rakyat dari kerajaan iaitu Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, yang mengkritik keputusan tersebut dan menyifatkan Speaker tidak menghormati perlembagaan.

Hassan berkata, Bersatu sudah meminda perlembagaan parti untuk menyelaraskannya dengan pindaan baharu Perlembagaan Persekutuan iaitu akta antilompat parti, tetapi speaker tidak menghormati Parlimen yang menjadi tempat ia digubal dan diluluskan.

“Tindakan Johari mengekalkan enam kerusi wakil rakyat Bersatu berpaling tadah juga bercanggah niat Parlimen yang meminda Perlembagaan demi mewujudkan apa dikenali sebagai akta antilompat parti.

“Johari gagal mengambil maklum keputusan mahkamah sebelum ini menolak semakan kehakiman dibuat bekas Adun Nenggiri (Azizi) untuk mengetepikan keputusan speaker DUN Kelantan yang mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas wakil rakyat Bersatu berpaling tadah,” dakwanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp