KUALA LUMPUR, 5 Mei 2023 – Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) akan memberi kesan kepada individu dan isi rumah dalam mengurus perbelanjaan melibatkan makanan, utility dan pendidikan anak-anak.
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata sebagai salah satu negara dengan hutang isirumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.
“Sebagai salah satu negara dengan hutang isirumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.
“Ramai individu dan isi rumah dijangka, malah telah pun terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak. Katanya.
Armin juga berkata walaupun langkah Bank Negara Makaysia (BNM) menaikkan kadar OPR untuk memulihkan kadar inflasi dan mengukuhkan nilai matawang Ringgit tetapi ia bukanlah tanpa kesan kepada rakyat.
“Jadi adakah sekarang ini masa yang sesuai dan patutkah kerajaan menaikkan kadar OPR sedangkan rakyat dalam kesusahan dan perniagaan masih belum pulih?
Beliau turut berkata bahawa pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baru dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi.
“Dasar-dasar baru perlu di perkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui export supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi.
Dalam kenyataan yang sama, Armin turut menasihatkan agar rakyat bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan. – malayadaily.com