TERKINI

BlackRock: UMNO bukan lagi parti perjuang agama, bangsa dan negara – Wira Putra

Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 26 Jun 24 – Pergerakan Wira Putra menyifatkan sokongan UMNO kepada pendirian Perdana Menteri berhubung isu BlackRock disifatkan sebagai meleburkan harapan para pejuang UMNO yang telah berjuang sejak sekian lama.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif berkata pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi telah membuktikan bahawa UNMO tidak lagi menjadi sebuah parti yang diharap untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

“Pendirian UMNO seperti yang di umum Datuk Zahid Hamidi, Presiden UMNO semalam membuktikan UMNO bukan lagi parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air lagi.

“Tahniah kepada pejuang-pejuang UMNO akhirnya segala yang di bangunkan bertahun-tahun untuk rakyat khusus kaum Pribumi dan orang Melayu kini bakal lebur dan menjadi milik orang. Ujarnya.

Menurutnya lagi, UMNO dan Pakatan Harapan (PH) kini tidak lagi layak mentadbir negara kerana dianggap telah menggadai masa depan negara dengan menjual kepentingan Malaysia Airports Holding (MAHB) kepada BlackRock yang menyokong regim Israel.

“UMNO dengan kerjasama PH kini tak layak dipilih untuk mentadbir negara.

“Semua bangsa tanpa mengira kaum patut sedar masa depan negara sedang digadai. Malaysia kini dilihat tidak lagi berpendirian dan dilihat takut kepada negara kuasa besar dengan alasan untuk memperkukuh ekonomi. Katanya.

Nasrul turut berpandangan bahawa isu pembelian saham MAHB oleh Blackrock ini jelas menunjukkan bahawa ia merupakan ancaman besar terhadap masa hadapan tanah air berbanding keuntungan ekonomi kepada rakyat bagi jangka pendek.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusannya membenarkan sebuah syarikat milik pengurus dana kontroversi AS BlackRock untuk membeli saham dalam konsortium menguruskan lapangan terbang Malaysia, sambil menuduh pengkritiknya cuba meraih markah politik. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp