TERKINI

Menteri Perpaduan Puji Sistem Sekolah Yang Menolak Perpaduan

Gambar hiasan – foto Suara Merdeka

Menyentuh kenyataan Menteri Perpaduan yang menyebut “Sekolah Vernakular kini menjadi tarikan, suburkan perpaduan”.

Saya bersetuju dengan respon yang di buat oleh Prof. Datuk Dr Ahmad Murad Merican. Sebagai seorang Menteri di dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan, Menteri tersebut sepatutnya bersikap berkepentingan nasional.

Menteri dalam kabinet kerajaan sepatutnya bercakap tentang pendidikan kebangsaan, bagaimana memperkasakan sistem pendidikan sekolah kebangsaan sebagai institusi penting di dalam menyemai benih nilai perpaduan dan cara-cara menyuburkan nilai perpaduan itu di dalam jiwa anak-anak pewaris negara.

Bukannya mempromosi sekolah vernakular yang dicurigai silibus dan konten pembelajarannya. Sekolah yang lebih setia kepada persatuan mereka dan bukannya Kementerian Pendidikan Malaysia, persatuan yang sentiasa menentang apa sahaja yang di cadangkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sekolah kebangsaan adalah yang sebenarnya tempat memupuk nilai perpaduan negara, sekolah yang di kawal selia oleh kementerian pendidikan dengan melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah ditetapkan untuk membina negara bangsa.

Di sekolah kebangsaan murid-murid masih boleh mengambil kelas elektif untuk mempelajari bahasa Tamil ataupun Mandarin.

Realitinya ialah, sekolah vernakular yang sebenarnya menolak perpaduan. Melalui persatuan, mereka berjuang untuk memisahkan diri mereka dari arus kebangsaan nasional.

Mereka mahu anak-anak mereka mempelajari bahasa, budaya dan sejarah negara asal mereka, bukannya bersama-sama anak-anak seluruh rakyat mempelajari bahasa kebangsaan, budaya dan sejarah kebangsaan Malaysia.

Kesombongan mereka menolak perpaduan nasional sehingga ke tahap tidak sanggup untuk berada walaupun di dalam satu kawasan ataupun kampus, bagi mengelakkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum-kaum lain sewaktu konsep Sekolah Wawasan di perkenalkan.

Maka tidak wajar untuk Menteri Perpaduan memberi komen sedemikian mengenai sebuah sistem sekolah yang bersifat perkauman ektrim dan menolak perpaduan kebangsaan nasional secara total.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp