TERKINI

Kenyataan Anwar Menghina Orang Melayu – Tun M

foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 19 April 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menghina orang Melayu.

Mahathir dalam hantaran facebook berkata demikian ketika mengulas ucapan Anwar Ibrahim pada 4 April dalam satu sesi perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, yang mana Anwar mengingatkan agar orang Melayu tidak terlalu selesa dan angkuh.

“Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil kerana ia menghina orang Melayu sebagai angkuh dan tidak bersikap seperti majoriti orang beragama Buddha di Kemboja yang meraikan minoriti Islam.

Menurut Mahathir, orang Melayu sejak sebelum dan selepas Merdeka telah meraikan ramai kaum-kaum lain dan kerakyatan telah diberi kepada 1 juta pendatang

“Pertamanya, orang Melayu sejak sebelum dan selepas Merdeka telah meraikan ramai kaum-kaum lain. Kerakyatan telah diberi kepada 1 juta pendatang tanpa memenuhi syarat dan mereka dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.

“Apabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi di dalam kerajaan, ujarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa jawatan penting juga turut diberikan sejak merdeka sehingga ke hari ini.

“Sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting.

“Ekonomi negara jelas di dalam pegangan bukan Melayu dan yang menjadi bilionair lebih 90 peratus adalah bukan Melayu.

“Tokong-tokong besar yang dibina di merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah merasa terancam. Begitu juga patung-patung keagamaan yang besar terdiri diserata pelusuk Tanah Melayu malahan diantara yang terbesar di dunia terdapat di Kelantan, di mana penduduk Melayunya melebihi 95 peratus.

“Tetapi hari ini Datuk Seri Anwar kata Melayu angkuh dan tidak mahu raikan kaum lain sedangkan orang Melayu sudah memberi ruang seluas-luasnya untuk kaum-kaum lain sehingga bahagian untuk orang Melayu sudah hampir lupus. Tambah beliau.

Mahathir juga berpendapat untuk orang Melayu pertahan serba sedikit yang tinggal itu Anwar anggap angkuh.

“Cuma apabila sudah tiada ada apa milik Melayu barulah tidak angkuh? Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp