TERKINI

Empat Beradik Maut Kebakaran Selamat Dikebumikan Di Muar

foto facebook ebit liew

MUAR, 31 Mac 2023 – Jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini Rabu malam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, malam tadi.

Jenazah Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4; dan Fatihah Aisyah, 3; dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira 8.15 malam.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan Nabila Sedu, 31; dan Thein Ko Htut, 30, kelihatan masih sugul dan tidak bermaya tatkala jenazah keempat-empat anak mereka disemadikan.

Terdahulu, keempat-empat jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang turut disertai ahli keluarga dan keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Pada Rabu, kesemua kanak-kanak tersebut ditemukan maut di bilik air di bahagian dapur rumah selepas rumah sewa yang didiami mereka terbakar sehingga 70 peratus. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp