TERKINI

Dua Akaun Parti Bersatu Disita SPRM

Gambar hiasan – foto berita harian

PUTRAJAYA, 21 April 2023 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi kenyataan medianya semalam, SPRM berkata, tindakan itu diambil pada 11 April lalu susulan siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Perintah tersebut mengikut Seksyen 50 AMLATFPUAA 2001 kepada bank.

Jelas SPRM, akaun-akaun yang sebelum ini dibekukan pada 12 dan 13 Januari lepas mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp