TERKINI

“Khairy Ada Prinsip” – Tun Mahathir

Foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 31 Mei 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat Khairy Jamaluddin seorang yang berprinsip dan tak mengikut secara membuta tuli.

Dalam satu temuramah pada hari ini, Mahathir ditanya tentang masa depan bekas Ketua Pemuda UMNO yang kini telah dipecat oleh parti UMNO.

“KJ nampak ada prinsip, dia tak ikut secara membuta tuli, dia memberi pendapat. Ujarnya

“Saya fikir dia kalau boss tak betul, saya ingat dia tak akan sokong. Sebab itu dia singkir.

Tun juga berkata bahawa prestasi Khairy sebagai menteri kesihatan adalah lebih baik.

“Dan prestasinya sebagai menteri (kesihatan) dalam usaha melawan Covid19, (dia) memang lebih baik daripada menteri-menteri yang lain. Ujarnya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad
terhadap orang Melayu adalah jujur.

“Dari sudut lain, ia adalah prinsip sekurang-kurangnya kepada Mahathir, saya tahu dia memang percaya kepada ini (perjuangan Melayu). Sebab ini, beliau menulis Dilema Melayu, dia bapa nasionalis politik Melayu.

“Bagi saya ini bukan luar biasa untuk Mahathir. Sebab selagi dia ada nyawa Mahathir akan memperjuangkan isu ini. Untuk mengatakan bahawa Mahathir bersikap oportunis mungkin, tapi (bagi) saya ini adalah betul-betul sesuatu yang ikhlas,” katanya, – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp