KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa peperangan bukan penyelesaian kepada konflik sebaliknya jalan lebih baik adalah dengan pergi ke timbang tara dan menyelesaikan konflik mereka melalui rundingan.
“Peperangan bukan penyelesaian kepada konflik. Adalah lebih baik untuk menghadapi negara-negara untuk pergi ke timbang tara dan menyelesaikan konflik mereka melalui rundingan.
Beliau menyuarakan pandangan itu ketika sesi dialog Kelab Wartawan Asing Jepun di Tokyo bertajuk “Government of the World” pada Rabu.
Mahathir berkata dalam peperangan, satu pihak mungkin menang, atau mungkin kalah. Ia adalah sama dengan timbang tara namun kesannya berbeza.
“Anda boleh menang atau kalah. Hasilnya adalah sama, tetapi perang menyebabkan kemusnahan besar-besaran kepada kedua-dua belah pihak, orang terbunuh manakala timbang tara tidak menyebabkan kemusnahan.
“Jadi, ia adalah penyelesaian yang lebih baik untuk menyelesaikan konflik, dan tiada kerosakan yang berlaku kepada negara. Ia adalah cara yang lebih beradab. Katanya yang dimuatnaik di laman facebook.
Beliau juga berharap bahawa negara-negara akan menyedari kepentingan bekerjasama dan mengutamakan kerjasama global untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
“Tiada negara yang terpencil di dunia hari ini, dan tidak ada negara yang boleh terus terasing daripada masalah dunia. Katanya.
Selepas Korea Selatan, Mahathir kini berada di Tokyo Jepun untuk menghadiri Persidangan Nikkei Asia. – malaydaily.com