TERKINI

Kenyataan TS Rafidah Aziz cubaan menghasut, mahu ubah status negara – Wirawati Perkasa

Nurhafizah Jamaluddin – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 11 Feb 2024 – Wakil sayap parti Putra, menyifatkan kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai satu hasutan dan perlu disiasat oleh Polis.

Menurut Ketua Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Nurhafizah Jamaluddin, kenyataan yang dikeluarkan Rafidah Aziz yang bertajuk “Tanah Melayu Is No More-No Malaysian Should Be Considered Better Than Others” pada 2 Februari lalu, lebih kepada menyokong dan memperluaskan Agenda Malaysian Malaysia.

“Ini bukan sekadar satu kenyataan berbaur hasutan dan wajar disiasat oleh pihak PDRM atas isu 3R, malah menghina Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara bagi orang-orang Melayu dan Pribumi yang merupakan rakyat raja.

“Banyak negara di luar sana walaupun mempunyai ramai migran yang mendapat kerakyatan di negara yang mereka diami kerana mencapai tempoh atau syarat tertentu, negara tersebut kekal dengan identiti kaum majoriti negara terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Ujarnya.

Tambah Nurhafizah, migran di sana tiada pula mengubah status negara mereka sebagai negara berbilang kaum.

“Kenapa perlu bertoleransi tentang status negara ini milik asal orang Melayu dan Bumiputera? Dan kenapa perlu diubah statusnya kepada negara berbilang kaum?

“Sudah-sudahlah bersikap liberal ke atas semua perkara dan mengangkat kaum lain tanpa melihat sejarah Tanah Melayu ini,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp