TERKINI

Tiada undang-undang bagi peruntukan kepada pembangkang mesti sokong PM, Peguam

Rafique Rashid – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 10 Nov 2023 – Tiada peruntukan undang-undang mengatakan sokongan kepada perdana menteri menjanjikan peruntukan kepada mana-mana ahli parlimen, kata Peguam, Rafique Rashid.

Menurut Rafique yang juga Ketua Penerangan parti Pejuang, tidak wajar menggunakan alasan kebajikan rakyat untuk membenarkan ahli parlimen pembangkang mengalih sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

“Ingatlah, tiada satupun undang-undang yang menyatakan bahawa peruntukan dan kebajikan rakyat mesti bergantung pada sokongan kepada perdana menteri.

“Pada ahli Parlimen, jangan perbodohkan intelek rakyat,” katanya, dalam satu kenyataan, kelmarin. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp