TERKINI

Kerajaan guna undang-undang, ancam rakyat – Mahathir

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 18 Apr 24 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan undang-undang hari ini digunakan untuk ‘mengancam rakyat’.

Beliau berkata dalam entri terbarunya di media sosial X, pihak berkuasa kerajaan menyatakan bahawa bahawa kegagalan mematuhi arahannya boleh mengakibatkan dipenjarakan dan didenda.

“Pihak berkuasa kerajaan menyatakan bahawa kegagalan mematuhi arahannya boleh mengakibatkan dipenjarakan dan didenda.

“Tiada sebutan dibuat mengenai perbicaraan mahkamah. Ujar Mahathir.

Dalam kenyataan yang sama, beliau juga mendakwa tuntutan yang dibuat terhadap mereka yang didakwa di mahkamah sukar dipatuhi.

Katanya, proses tersebut memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

“Kebanyakan orang tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa yang panjang itu.

“Tetapi, kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat.

“Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan. Ia boleh mengakibatkan penjara. Itulah ancamannya,” katanya.

Mahathir yang berehat hampir dua bulan untuk rawatan, kini kembali aktif menulis. Tahun lalu dia beliau mencetuskan gerakan yang dinamakan Proklamasi Orang Melayu, bertujuan untuk menyatukan pemimpin dan orang-orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp