TERKINI

RCI Pulau Batu Putih: Mahathir di sapina, mahu prosiding dibuat secara terbuka

Mahathir Mohamad – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 1 Jun 24 – Tun Dr Mahathir Mohamad di sapina ke Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Beliau diminta menghadirkan diri untuk memberi keterangan dalam prosiding yang dijadualkan pada 12 jun ini.

“Saya perlu hadir pada 12 Jun 2024. Saya akan hadir kerana diarahkan untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataan media yang sama, beliau berharap agar prosiding tersebut diadakan secara terbuka dan orang awam dapat mengikuti prosiding sepenuhnya.

“Ini kerana sebelum ini pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dituju kepada saya secara terbuka dan mendapat laporan media secara meluas.

“Dan tuduhan-tuduhan tersebut dibuat termasuk oleh ahli jemaah Menteri sekarang antara lain bahawa saya membuat keputusan secara sembunyi-sembunyi dan secara sendirian.

“Jika semua tohmahan ini dibuat secara terbuka kenapakah jawapan dan penerangan saya perlu dibuat secara tertutup. Ujarnya.

Baru-baru ini Mahathir mendakwa bahawa beliau dan wakil beliau dihalang untuk hadir ke prosiding Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Pulau Batu Putih yang diadakan hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Azalina Othman Said membuat kenyataan di dewan negara bahawa Perdana Menteri yang membuat keputusan secara sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa.

Beliau mendedahkan, Perdana Menteri ketika itu membuat keputusan secara bersendirian, tanpa sesiapa mengetahuinya termasuk Peguam Negara yang bercuti ketika itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp