TERKINI

Kerajaan harus henti urusan dengan syarikat bantu Israel – KP Pejuang

Rafique Rashid (Tengah) – foto SKTV

PUTRAJAYA, 1 Jun 24 – Kerajaan digesa untuk menghentikan semua urusan dan aktiviti dengan mana-mana pihak yang secara terang-terangan menyokong dan bekerjasama dengan regim Israel, tegas Ketua Penerangan parti Pejuang, Rafique Rashid.

Dalam satu entrinya, Rafique berkata ketika genosid berlaku ke atas rakyat Palestin, kerajaan wajib berhenti dari apa-apa urusan yang melibatkan syarikat-syarikat terkait Israel.

“Tidak perlu kompromi. Pada masa genosida dan jenayah perang ini Malaysia wajib berhenti semua apa yang Kerajaan buat mengenai BlackRock, Lockheed Martin, BAE System, dan RIMPAC 2024. Ujarnya.

Beliau turut mempertikaikan langkah kerajaan yang membenarkan Lockheed Martin dan BAE Systems masuk sebagai penaja dan peserta dalam ekspo senjata dan pertahanan.

“Yang dijemput dengan karpet merah antara syarikat yang bekal senjata bantu Gaza dibom. Ujarnya.

Malah menurut Rafique, kerajaan juga sedang mempertimbangkan urusniaga yang mana syarikat penyokong Israel akan mempunyai kepentingan mengurus lapangan-lapangan terbang di Malaysia.

“Orang kuat BlackRock zionis tegar. Katanya.

Rafique yang juga seorang peguam mengulangi desakan agar kerajaan menghentikan urusan dan aktiviti yang melibatkan Israel termasuk latihan ketenteraan Indo-Pasifik dikenali sebagai “the 2024 Rim of The Pacific (RIMPAC 2024)” yang mana ia turut disertai oleh negara Israel.

Sebelum ini media melaporkan, Rimpac 2024 merupakan eksesais maritim terbesar dunia yang diadakan dua tahun sekali di Hawaii dan Amerika Syarikat.

Rimpac 2024 akan diadakan bermula 26 Jun hingga 2 Ogos, melibatkan 29 negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp