TERKINI

Kerajaan Tarik Balik Pengecualian Cukai SSPN Hingga 2024

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Putrajaya menarik balik keputusannya menamatkan pelepas cukai individu sehingga RM8,000 bagi pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim selepas ia mendapat persetujuan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“PMX (Anwar) mendengar suara rakyat.

“Setelah meneliti pandangan dan kegelisahan orang ramai tentang pelepasan cukai pendapatan ke atas SSPN, saya telah berbincang sekali lagi dengan PMX di parlimen semalam tentang perkara ini.

“Pagi tadi, Anwar telah umumkan bahawa kerajaan akan melanjutkan pelepasan tersebut sehingga tahun 2024,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.

Pada 27 Mac lalu, timbalan menteri kewangan itu berkata, mulai tahun taksiran 2023, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.

Keputusan itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dan kerajaan yang mahukan pelepasan cukai berkenaan diteruskan.

Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang menyuarakan bantahan. – sumber MALAYSIAKINI

Facebook
Twitter
WhatsApp