TERKINI

Apakah Erti Inflasi?

Muhammad Zahid Abdul Aziz (gambar kecil) – malayadaily.com

Inflasi berlaku dalam sesebuah negara apabila permintaan melebihi pembekalan. Maka apa yang akan berlaku ialah penjual akan naikkan harga. Tetapi akan sampai masanya naik macam mana pun pembelian akan terhenti sebab harga sudah terlalu mahal untuk pembeli.

Dan apabila pembekal dapat tambah bekalan kepasaran dari proses pembuatan barang baru dari gudang contohnya, maka turunlah kembali harga pada tahap lama. Itu perkara biasa yang tidak boleh dielak, contoh dimusim-musim perayaan.

Kadang-kadang berlaku perang seperti perang Ukraine yang melonjakkan harga gandum dan juga harga kos pengangkutan perkapalan yang akan sebabkan inflasi di negara lain yang tidak dapat dielak.

Ini perlu tindakan jangka masa panjang negara seperti menanam bahan tersebut di negara sendiri dan seumpamanya.

Namun ada satu lagi jenis Inflasi yang kita boleh panggil inflasi sistemik atau inflasi wajib berlaku disebabkan kita pilih untuk amalkan sistem tertentu.

Di dalam contoh yang kita lakar diatas, apabila harga telah sampai ke suatu tahap pembeli akan berhenti membeli. Namun seandainya ada suatu industri diberi hak mencipta wang dan mengguna hak ini untuk menjadi Chettiar, negara menawar pinjaman peribadi seluas luasnya kepada pembeli, keupayaan membeli (purchasing power) rakyat akan naik dan mereka akan terus membeli barang tersebut, maka melonjaklah naik harga barang tersebut melebihi had asalnya.

Dan seandainya proses ini berterusan maka tidak hentilah inflasi di dalam negara tersebut.

Ada ke Chettiar negara macam ini? Ada, cuma mereka dipanggil perbankan. Kita tidak nafi industri perbankan telah turut membangunkan negara cuma tindakan mereka lebih banyak tidak menguntungkan negara dan sebenarnya mereka banyak bertindak di atas derita rakyat negara tersebut.

Apakah maksudnya? Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa duit dalam negara kita tidak terhad kepada duit kertas dan syiling. Ini hanya mencapai 5 peratus dari duit negara. 95 peratus duit negara adalah dalam bentuk duit nombor yang berpindah dari akaun bank ke akaun bank.

Dan duit nombor ini tercipta apabila bank meluluskan pinjaman atau pembiayaan. Memang perkara ini sukar untuk difaham tapi kita wajib faham sebab kalau tidak faham, kita tidak akan dapat keluar dari bawah tempurung, yang bukan hanya kita, tetapi ramai di dunia berada.

Inilah hebatnya tipu helah sistem Yahudi sampai ramai manusia di dunia ini tidak faham. Untuk memberi penjelasan secara terperinci, mungkin teknikal sedikit, perlu penguasaan ilmu perakaunan dan fasih ilmu Perbankan pusat saperti ‘loan/deposit ratio’ dan seumpamnya.

Ia ada diterangkan di website Gerakan Keadilan Monetari Malaysia di https://telegra.ph/MMJ-Home-01-04 dan juga website NGO-NGO Reformasi Monetari seantaro dunia, termasuk website NGO Pusat Dunia, International Movement for Money Reform di https://internationalmoneyreform.org/

Untuk perbicaraan ini, cukuplah kita maklum bahawa keupayaan penciptaan wang oleh bank-bank  telah disahkan oleh Bank of England, European Central Bank dan juga the Federal Reserve.

Baik, yang pertama kita dapati ialah pencipta wang di negara moden ialah pihak swasta yakni Bank-bank. Kita akan soal, adakah bank bank yang diberi hak cipta wang Malaysia akan letak mengutamakan kepentingan negara dan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan lain?

Jawapannya, tidak. Mereka lebih meletak kepentingan mereka mengatasi kepentingan negara dan rakyat.

Hak mencipta wang dalam sesebuah negara adalah hak yang sangat penting yang tidak harus berada dalam tangan swasta. Tapi itulah hakikatnya apabila kita terima sistem legasi Yahudi ini tanpa banyak soal.

Sepatutnya wang, yakni pinjaman dan pembiayaan bank ini, dihala sepenuhnya  kepada sektor ekonomi sebenar (the real economy) untuk menghasil kelonjakkan output ekonomi dan lonjakkan pekerjaan. Tetapi di Malaysia sebagaimana juga seluruh dunia, ini tidak berlaku.

Didunia 80 peratus pinjaman bank pergi ke sektor peribadi (pinjaman peribadi, kad kredit dan perumahan) dan hanya 20 peratus pergi kepada sektor ekonomi sebenar (syarikat perbuatan, servis, pertanian dsbnya).

Di Malaysia ada baik sikit, 65 peratus ke sektor peribadi dan 35 peratus kepada sektor ekonomi sebenar. Yang 65 peratus inilah yang menghasilkan inflasi tanpa henti kepada rakyat.

Jadi sudah tiba masanya pemerintah, dan juga pembangkang yang mungkin akan memerintah, menghalakan tumpuan mereka kepada ide-ide mereformasikan sistem monetari dan sistem perbankan kita.

Gerakan Keadilan Reformasi menjamin Amerika tidak akan bom kita kalau kita berbuat demikian sebab reformasi-reformasi yang kita cadangkan tidak akan sentuh Dollar Amerika sebagai wang antarabangsa.

Perkara ini kita serah kepada Rusia dan China dahulu. Dan kita jamin juga tidak berlaku seperti Zimbabwe seperti yang sering dipropaganda dan dimomok oleh Riba Masters. Semestinya orang Malaysia saperti negara lain, memilliki cukup intelek untuk mengatasi perkara ini.

Namun diakui, kita mungkin menghadapi tentangan dari Bank Pusat yang perlu ubah hala dan kiblat mereka daripada Bank of International Settlements, Basel, Switzerland yang dikuasai Yahudi ; Pakar-Pakar Ekonomi lama yang enggan belajar ilmu  baru reformasi monetari dan kekal setia kepada ilmu lapok mereka, berkaitan bank dan sistem monetari.

Dunia Akademia pula harus tidak bantah penghijrahan umat Muhammad dari Ilmu sedia ada yang berpandangan alam Barat kepada ilmu baru yang berpandangan alam Quran dan Sunnah. In sya Allah seandainya kita bersatu tumpuan, kita akan berjaya.

Muhammad Zahid Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi, Gerakan Keadilan Monetari / Movement for Monetary Justice, Malaysia

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp