TERKINI

Ketua Penerangan Bersatu Setuju Usaha Tun M

foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 2 April 2023 – Wakil parti Bersatu, YB Senator Datuk Razali Idris menyokong usaha penyatuan Melayu dan bersetuju dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata beliau ketika ditanya.

“Kita sokong penyatuan Melayu dan kita bersetuju dengan apa yang dilaksanakan oleh Tun M, ujarnya.

Razali Idris yang juga Ketua Penerangan Bersatu menyatakan bahawa beliau dari awal lagi menyokong perjuangan Melayu tidak kira siapa pun penganjurnya.

“Saya sebenarnya sokong dari dulu lagi tentang perjuangan Melayu, walau siapa pun yang anjur saya sokong, apatah lagi Tun Dr Mahathir yang anjur. Ujar beliau selepas majlis Iftar di Yayasan Kepimpinan Perdana bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Razali menyatakan bahawa Melayu sedang berpecah kepada banyak kelompok, maka usaha (proklamasi) ini perlu dipersetujui dan bangsa lain tak perlu memandang serong.

“Kita tahu Melayu sekarang ni dah berpecah banyak kelompok, jadi usaha ini perlu dipersetujui dan bangsa-bangsa lain tak perlulah kecil hati, tak perlulah pandang serong. Kenapa? Kerana negara kita ni bebas bersuara bebas berkumpul dan jangan buat huru-hara

Pada 19 Mac lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Proklamasi Orang Melayu dimana usaha tersebut telah menerima gangguan hingga acara yang dirancang terpaksa dibatalkan pada saat akhir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp