TERKINI

Khairuddin Dakwa Pemimpin UMNO Takut SG4 Tenggelamkan Kerajaan Madani

Khairuddin Abu Hassan – foto Awani

KUALA LUMPUR, 26 Sept 2023 – Pemimpin Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa sekiranya ‘State Government 4’ (SG4) berjaya dibidang ekonomi maka nasib masa depan UMNO dan kerajaan Madani akan berkubur.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, adakah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan Madani takut sekiranya agenda ini berjaya hingga memberi kesan pada PRU16 kelak.

“Adakah pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan Madani takut sekiranya agenda ini berjaya maka pada PRU16 kelak UMNO serta Kerajaan Madani bakal terkubur secara berkekalan?

“Hakikatnya, inilah fakta kebenaran bahawa sekiranya ‘SG4’ membangun secara ‘vibrant’ di bidang ekonomi maka nasib masa depan UMNO dan Kerajaan Madani akan ‘terkubur tanpa nesan.’ Ujar beliau.

Menurut Khairuddin, tidak salah sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad ingin membantu merancakkan pembangunan ekonomi ‘SG4’ seiring dengan daya-usaha Kerajaan Persekutuan.

“Kekuatan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga hari ini adalah beliau dihormati serta diyakini oleh dunia luar dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin masakini negara.

“Keyakinan mahupun penghormatan negara Jepun, Korea Selatan, China, OIC, Afrika, Russia dan negara-negara Barat yang lain terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Beliau menambah, (inisiatif) ini merupakan satu peluang terbesar pada ‘SG4’ untuk menarik pelaburan asing dari negara-negara tersebut di bawah bimbingan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tidak mustahil juga sekiranya daya-usaha ini berjaya di ‘SG4’ keseluruhan rakyat akan yakin dengan kepimpinan di negeri-negeri tersebut yang akhirnya tidak mustahil bagi PAS mengambil-alih kepimpinan negara.

“Sebab itulah kini UMNO dan Kerajaan Madani mula ‘meroyan’ dan ‘takut pada bayang-bayang sendiri. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp