TERKINI

Khairuddin minta Puad Zarkashi dedahkan 6 kotak bukti salah laku Tun M

Puad Zarkashi (kiri), Khairuddin Abu Hassan (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 2 Dis 2023 – Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memintan Puad Zarkashi agar enam kotak yang didakwa bukti salah laku Tun Mahathir Mohamad dikeluarkan.

Beliau ketika mengulas kenyataan Puad Zarkashi yang berkata rakyat sudah lama menanti giliran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disiasat, berkata bahawa agendi-agensi penguatkuasa undang-undang di tanah air telah dijadikan instrumen oleh pihak kerajaan untuk bertindak ke atas musuh-musuh politik mereka.

“Sebagai makluman Puad Zarkashi juga tolong keluarkan enam kotak-kotak kononnya terdapat bukti-bukti salahlaku Tun Dr Mahathir Mohamad terlebih dahulu.

“Rakyat Malaysia dan antarabangsa sudah hilang keyakinan dengan pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita.

“Agendi-agensi penguatkuasa undang-undang di tanahair kita telah dijadikan instrumen oleh pihak kerajaan untuk bertindak ke atas musuh-musuh politik mereka. Ujarnya.

Khairuddin juga menasihatkan Puad Zarkashi agar bersabar menanti tokoh-tokoh yang dianiayai, melangkah masuk mahkamah dan mendedahkan perkara sebenar.

“Insya-Allah kamar mahkamah akan menjadi platform terbaik untuk bongkarkan kebenaran segalanya kepada keseluruhan rakyat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa.

“Pada waktu itu juga, pihak media-media utama dan SPRM tidak boleh halang lagi kebenaran bakal ‘timbul’ serta terhebah ke seluruh dunia.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata rakyat sudah lama menanti giliran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disiasat. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp