TERKINI

Kit Siang patut belajar hidup dengan harmoni – Ibrahim Ali

Lim Kit Siang (kiri), Ibrahim Ali (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 11 Dis 2023 – Presiden parti Putra, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali menasihatkan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang untuk belajar hidup dengan harmoni dengan kaum majoriti.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Lim Kit Siang (LKS) di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu.

Menurut Ibrahim, orang Melayu Singapura tidak meminta jawatan Perdana Menteri walaupun asal usul Singapura adalah negeri Melayu.

“Sebagai kaum minoriti, belajarlah hidup dengan hormoni dengan kaum majoriti.

“Orang Melayu Singapura tidak minta jawatan Perdana Menteri, walaupun asal usul Singapura adalah negeri melayu. Dulu dikenali Temasik.

“Tidak perlu untuk dihurai dengan panjang lebar lagi. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Ibrahim berterima kasih kerana kenyataan Kit Siang tersebut membuatkan orang Melayu semakin menolak parti DAP.

“Apapun saya berterima kasih kepada LKS kerana bila beliau menyatakan bukan melayu boleh jadi PM, maka lagilah kuat orang melayu menolak DAP dan benci DAP.

“Ibarat orang mengantuk di surungkan bantal. Saya adalah orang yang paling gembira bila orang Melayu tolak Dap.. orang Melayu adalah bangsa yang cerdik.

“Orang Melayu tahu bahaya DAP kerana dasar Malaysian Malaysia dan Deklarasi Setapak.

Ibrahim juga berkata, orang Melayu di Malaysia telah mengambil pengalaman orang Palestin dan Melayu Singapura.

Ibrahim menegaskan bahawa orang Melayu menolak DAP tetapi orang Melayu menerima kaum Cina sebagai rakyat Malaysia yang mendokong Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

“Cuma adalah segumpal melayu liberal yang bersikap semua boleh. Melayu yang gila kuasa, pangkat dan harta.

“Tapi majoriti Melayu masih ada jati diri dan bersemangat patriotisme. Melayu tulin adalah Melayu warisan Mat Kilau dan Tok Jangut. Katanya.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang mengesahkan akan memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya ketika di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Lim dalam ucapannya menyatakan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di negara ini.

Kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran dalam kalangan pimpinan Umno yang mahukan beliau disiasat. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp