TERKINI

KM Penang Arah SUK Teliti Peraturan Pemakaian Songkok Upacara Angkat Sumpah

Chow Kon Yeow (kiri) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengarahkan setiausaha kerajaan negeri meneliti peraturan membabitkan pemakaian songkok ketika upacara mengangkat sumpah anggota pentadbiran kerajaan negeri yang berlangsung, semalam di Pejabat Yang diPertua negeri.

Beliau berkata, pejabatnya akan mengadakan mesyuarat dengan jabatan protokol Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendalami isu tersebut.

“Sebelum ini tiada peruntukan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian seperti dilaporkan akhbar Malay Mail ketika ditemui pemberita di program pelancaran feri baharu, pada khamis.

Katanya, keperluan untuk bersongkok di nyatakan didalam kad jemputan namun kebiasaannya tidak menjadi keperluan.

“Ada tetamu yang mungkin tidak perasan,” katanya.

Jabatan protokol katanya menyatakan wakil asing dikecualikan daripada pemakaian songkok ketika upacara itu.

Oleh sebab itu beliau mengarahkan setiausaha kerajaan negeri membincangkan isu tersebut dengan pejabat Yang diPertua negeri bagi memahami lebih lanjut keperluan berkenaan untuk kegunaan masa depan.

“Setiausaha kerajaan negeri akan bincangkan dahulu, itu start daripada pejabat yang dipertua negeri,” katanya.

Dalam istiadat mengangkat tersebut, jemputan lelaki bukan Islam yang tidak memakai songkok tidak dibenarkan memasuki istiadat mengangkat sumpah di Dewan Sri Pinang.

Surat jemputan rasmi yang dikeluarkan jabatan penerangan negeri menyatakan kod etika pemakaian lelaki Muslim adalah sut dan kasut hitam bersongkok manakala bagi bukan Muslim hanya disyaratkan memakai duit hitam dan kasut hitam, tanpa songkok. – malaymail.com

Facebook
Twitter
WhatsApp