TERKINI

Kota Bharu Saksikan Pertemuan Pemimpin Utama, Mahu Satukan Semua Melayu

Pertemuan Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan hadi Awang – foto TGHH

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2023 – Pertemuan pemimpin parti Melayu di Kota Bharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Haji Hadi Awang disifatkan sebagai pertemuan untuk memperkukuhkan persefahaman demi menyatukan orang Melayu.

Wakil Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, fokus utama pertemuan ini adalah untuk menyatukan sokongan agar kuasa politik orang Melayu terus kekal.

“Pertemuan ini untuk mencari satu formula kerjasama untuk mengukuhkan kesatuan orang-orang Melayu.

“Tun dalam ucapannya malam tadi dah ingatkan agar orang Melayu turun keluar mengundi ramai-ramai agar kuasa (politik) Melayu dapat dikekalkan. Ujar beliau ketika diminta mengulas.

Mahathir dalam ceramah pertamanya di Kota Bharu semalam antara lain berkata, orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin parti-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara.

Turut hadir pada Program ‘Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan’ di Stadium Sultan Muhammad IV, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PN peringkat pusat dan negeri. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp