TERKINI

KPM Akan Keluar Kenyataan Rasmi Tarikh SPM – Menteri

Gambar hiasan – foto suara merdeka

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2023 – Tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi.

Media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.

Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.

Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp