TERKINI

Malaysia perlu kekal dasar pro Palestin, tidak iktiraf Israel, kata NGO

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin – foto facebook Pembela

KUALA LUMPUR, 10 Nov 2023 – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut kerajaan memberikan sokongan berterusan kepada pembebasan Palestin selain tidak memenuhi apa-apa tuntutan atau desakan bagi menormalisasi sebarang bentuk hubungan dengan Israel.

NGO itu berkata, kerajaan juga tidak sesekali memihak kepada blok barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain negara yang menyokong pembunuhan beramai-ramai

“GSPP sedang menggerakkan segenap kudrat dan usaha bagi memastikan isu kemanusiaan dan kedaulatan negara umat Islam Palestin akan mencapai tangga-tangga kejayaan yang disasar,” katanya, dalam satu kenyataan.

Selain itu, mereka turut menuntut penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel.

Pertubuhan itu menuntut sumbangan untuk rakyat Palestin disalur terus kepada mereka yang dizalimi di Gaza dan bukan pihak berkuasa Palestin yang menurutnya berpakat dengan Israel.

“Kerajaan perlu melobi dan mempengaruhi pendirian negara Islam dan badan antarabangsa berkaitan isu Palestin dengan memastikan sebarang rundingan atau persetujuan masa hadapan mestilah melibatkan gerakan pembebasan Palestun, bukan badan yang tidak mewakili majoriti rakyat Palestin,” kata kenyataan tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp