TERKINI

KPT Jemput Pemain Industri Kerjasama Dengan IPT Rangka Program TVET Terbaik

Gambar hiasan – foto kosmo digital

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT), untuk merangka program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) yang terbaik pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu merupakan platform terbaik untuk pemain industri mengisi pasaran kerja, kerana bakat yang terbaik boleh dicari menerusi kerjasama seumpama itu.

“Datang dan bawalah segala kemahiran, kepakaran, pengalaman dan teknologi yang kalian miliki. Kongsikan dengan kami melalui IPT-IPT kita di seluruh negara.

“Perkara ini penting, kerana tidak ada industri yang akan selamat dan mampu bertahan tanpa bekalan bakat yang stabil dan mencukupi, selain IPT dan penyedia latihan kita mempunyai kelebihan, ilmu dan penyelidikan yang berguna, untuk dimanfaatkan oleh pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Sambutan Hari TVET 2023 Yayasan Sime Darby (YSD), semalam. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp